Categories
Anarko-Feminisme Terjemahan Wawancara

Wawancara dengan Pembikin Zine Perempuan

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 5 minit


Zine /ziːn/

Zine adalah karya yang dihasilkan sendiri dan diterbitkan dalam skala kecil. Zine selalunya diisi dengan tulisan, gambar, dan apa-apa kandungan yang menarik, berdasarkan tema yang tertentu. Ada beberapa bentuk zine yang sering dihasilkan, biasanya dalam bentuk A5 (kertas A4 lipat dua).

Selalunya untuk menghasilkan zine, kita hanya memerlukan kertas, pen, gunting, kadang-kala gam, benang, jarum dan beberapa peralatan kreatif lain.

Bulan Zine Antarabangsa disambut setiap tahun pada bulan Julai. Ramai yang meraikannya dengan menghasilkan zine baru, menganjurkan pesta zine, membuat aktiviti dengan zine.

Untuk tulisan kali ini, kami mewawancara beberapa pembikin zine perempuan yang telah menghasilkan zine untuk menyampaikan dakwah kemanusiaan dan anarkisme melalui cara mereka sendiri. Kita bersama dengan Ieda, Sarajevo dan Anjani.

Categories
Anarko-Feminisme

Untuk Perempuan yang Memendam Misogini

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 5 minit


Misogini terpendam (internalized misogyny) adalah perkara yang biasa didengari dari mulut perempuan. Bagaikan hendak pecah kepala ini apabila mendengar kata-kata seperti “Saya tidak seperti perempuan-perempuan lain,” “Kami tak suka berkawan dengan perempuan kerana mereka banyak drama,” atau “Lelaki sahaja yang layak memimpin, perempuan macam kita harus duduk di dapur.” Bukannya Kami sahaja yang biasa mendengar kata-kata seperti ini bukan? Anda tidak bersendirian, dan inilah sebabnya mengapa ia menjadi masalah.

Categories
Anarkisme Anarko-Feminisme Bangkit Terjemahan

Seksisme dalam Gerakan Anarkis

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 10 minit
Diadaptasi dan diterjemahkan dari Sexism in Anarchist Movement
oleh Angela Beallor


Artikel ini bertujuan untuk menambah wacana tentang seksisme dalam gerakan yang seharusnya menentangnya. Sukar untuk membicarakan tentang seksisme dalam gerakan anarkisme dan seksisme dalam masyarakat umum kerana begitu banyak kritikan yang boleh dilakukan terhadap gerakan anarkis adalah kritikan terhadap masyarakat yang lebih besar. Terdapat kekurangan di mana kritik anti seksisme dan anarko feminis yang kritikal telah mendorong kurangnya wacana dan gerak kerja yang konkrit untuk melawan seksisme. Kritikan ini adalah berdasarkan kekurangan dalam gerakan anarkisme yang sering dikelilingi isu seksisme (dan isu penindasan yang lain). Terdapat kesinambungan pendapat dan gerak kerja yang konkrit yang harus diperakui dan diambil kira oleh gerakan anarkis agar dapat melawan seksisme di dalam gerakannya sendiri dan masyarakat umum.

Categories
Anarkisme Anarko-Feminisme Sejarah Terjemahan

Emma Goldman: Renungan pada Hari Jadinya yang ke-150

oleh Kon Zing
Bacaan: 17 minit
Terjemahan dari Emma Goldman: Reflections on her 150th Birthday


Emma Goldman (27 Jun 1869 – 14 Mei 1940) adalah salah seorang anarkis yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Minggu ini menandakan ulang tahun beliau yang ke-150. Di dalam semangat untuk memperingati para anarkis yang wujud sebelum kami, kami telah meminta beberapa orang penulis anarkis kegemaran kami untuk berkongsikan pendapat mereka mengenai pengaruh Goldman terhadap diri mereka, dan warisan yang ditinggalkan oleh beliau buat kita semua.

Categories
Anarko-Feminisme Bangkit Seni Tarot

Seni Kemusnahan: Menggegar Keselesaan

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 3 minit


Dalam kad tarot, ada satu kad yang bertanyakan soalan: Apakah kau sudah terlalu senang duduk di takhtamu, sehingga kau tidak boleh diturunkan dan dihancurkan?

Categories
Anarko-Feminisme Sejarah

5 Anarko-Feminis yang Perlu Anda Kenali Selain Daripada Emma Goldman

oleh Kon Zing
Bacaan: 10 minit


Apabila kita bercakap tentang anarko-feminisme, Emma Goldman adalah nama pertama yang akan terlintas di fikiran kita. Memang tidak dinafikan lagi bahawa ‘Biarawati Agung Anarki’ ini mempunyai banyak sumbangan dan meninggalkan impak yang besar kepada gerakan anarkisme walaupun setelah 80 tahun sejak pemergiannya. Namun, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip asas anarkisme lain iaitu ‘tiada idola, tiada tokoh’, saya berpendapat bahawa tidak salah untuk kita berusaha mengenali anarko-feminis yang lain, lebih-lebih lagi yang bertapak di tempat selain dari Amerika Syarikat.

Categories
Anarko-Feminisme Bangkit

Emansipasi untuk Tubuh Perempuan

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 3 minit
Gambar oleh: Michelle Ding


Di seluruh dunia, kebanyakan perempuan tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam hal-hal berkenaan hidup mereka sendiri. Kami terbelenggu oleh penindasan dan seksisme, di bawah atap patriarki.

Salah satu hak yang tidak diberikan kepada perempuan adalah hak untuk menentukan yang terbaik untuk tubuh badan mereka. Ini termasuklah hak untuk mendapatkan pengguguran. Seringkali terbelenggu oleh bebelan masyarakat misogini, disindir pakar keagamaan, dan dipaksa untuk terus menanggung beban yang sebenarnya boleh sahaja dinyahkan oleh beberapa biji pil dan tidur seharian di rumah.

Categories
Anarko-Feminisme Kelola

Bagaimana Caranya untuk Menganjurkan Sebuah Gig?

oleh Kon Zing
Bacaan: 14 minit


Apabila kita bercakap tentang acara, puluhan (mungkin dah masuk ratusan kot?) acara yang telah saya anjurkan serta sertai bersama sepanjang hidup saya seperti bengkel, forum, diskusi lepak-lepak-sambil-baca-buku, dan sebagainya, bagi saya gig adalah satu bentuk acara yang paling teknikal dan banyak perkara perlu difikirkan untuk menjayakannya. Menganjurkan gig bukannya suatu perkara yang mudah (untuk dilakukan seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan lain).

Tetapi gig pada 6 April lepas yang kami anjurkan bersama Sara dari Distopia dan Ieda dari Paragila / Sarata, adalah gig yang paling chaos pernah saya alami sendiri dari sudut penganjurannya, dan adalah yang paling saya puas hati setakat ini.