Categories
Anarkisme Bangkit Sokong Tanpa Penjara

Seruan untuk menyokong Minggu Solidariti Antarabangsa dengan Tahanan Anarkis 2020

oleh Kon Zing
Bacaan: 2 minit
Tulisan ini adalah sokongan untuk
International Week of Solidarity With Anarchist Prisoners


Satu dekad yang baharu telah bermula di dunia. Dengan kebangkitan gerakan berhaluan kanan dan kemerosotan demokrasi sosial secara perlahan-lahan, kita sedang menjadi saksi kepada tahun-tahun akan datang yang sengit dengan perlawanan menentang negara dan kapitalisme. Sudah ada ramai anarkis yang meringkuk dalam penjara kerana mengambil bahagian dalam perjuangan ini – namun mereka dilupakan atau diabaikan oleh para aktivis liberal dan NGO-NGO hak asasi manusia kerana dianggap melakukan ‘jenayah’ atau aksi langsung yang ‘ganas’ dan ‘ekstrem’.

Seperti kebiasaannya, para anarkis sering kali mendapat sokongan dari masyarakat dan komuniti di mana mereka berasal. Lagipun, siapa lagi yang dapat memberikan solidariti jika bukan sesama manusia yang terperangkap dalam penderitaan yang sama? Namun, kami percaya bahawa tanggungjawab terhadap mereka yang berhadapan dengan penindasan di pelbagai tempat di dunia bukannya semata-mata terletak di bahu komuniti setempat sahaja, tetapi juga pada gerakan anarkis antarabangsa. Melalui tindakan kita secara kolektif, kita bukan sahaja dapat menyebarkan sumber-sumber yang ada secara meluas, malah juga dapat menyemarakkan api perjuangan dalam diri mereka yang dipenjarakan melalui aksi-aksi langsung dan kasih sayang autonomi yang revolusioner!

Ini adalah sebuah seruan kepada anda untuk bertindak dalam solidariti bersama para anarkis yang dipenjarakan di seluruh dunia. Dari 23hb Ogos – tarikh di mana Sacco dan Vanzetti dijatuhkan hukuman – sehingga 30hb Ogos 2020, anda boleh melakukan apa sahaja, dengan imaginasi dan kreativiti tanpa batasan. Jadikan idea dan buah fikiran anda menjadi sebuah aksi supaya semua orang dapat merasakan tenaga anda dan tunjukkan kekuatan kolektif kita dalam perjuangan revolusi!

TIADA SIAPA YANG BEBAS
SEHINGGA SEMUA ORANG BEBAS!
DEMI SEBUAH DUNIA TANPA POLIS,
TANPA PENJARA, DAN TANPA NEGARA!

Seruan ini disokong oleh:

325
ABC Brighton
ABC Warsaw
ABC Dresden
ABC Belarus
NYC Anarchist Black Cross
Cempaka Collective
Anarchist Union of Afghanistan and Iran
anarchistnews.org