Categories
Anarkisme Terjemahan Wawancara

Wawancara Khayalan dengan Alexander Berkman

oleh Kon Zing
Bacaan: 7 minit
Diterjemah dan diadaptasi dari artikel Abdul Hamid Sumantri


Minit-minit awal filem Sherlock Holmes, A Game of Shadows (2011), dibuka dengan peristiwa pengeboman sebuah bangunan, diiringi dengan ayat ‘kelompok anarkis’ yang disyaki sebagai dalang di sebalik kejadian tersebut. Sebutan ‘anarkis’ tidak pernah luput dari liputan media massa. Khabar terakhir pasca Hari Buruh 2019, pihak berkuasa dengan jelas meletakkan segala kerosakan yang terjadi itu adalah dari perbuatan kelompok anarkis. Kita pasti marah, mengecam, bahkan berani menentang kerosakan yang direka oleh pihak berkuasa.

Tetapi ada hal yang luput dari apa yang kita kecam tersebut, yakni pertanyaan tentang apa sebetulnya ‘anarkisme’ itu. Jawapan yang selalu kita dapat, selalunya datang dari pihak berkuasa. Adakah anda akan terus mempercayai kata-kata mereka, atau ingin mendengar jawapan terus dari penggerak utamanya?

Berikut adalah jawapan dari wawancara khayalan saya bersama seorang tokoh anarkisme, Alexander Berkman.

Categories
Anarkisme Sejarah Seni

Anarkisme Untuk Pemula (2017): Mudah Dihadam Atau Mengelirukan?

oleh Kon Zing
Bacaan: 5 minit


Penulis: Marcos Mayer
Ilustrasi: Sanyú
Penterjemah: Anjani dan Tiqquntilikum
Penerbit: Daun Malam
Tahun: 2017
Bahasa: Indonesia
Tebal: 168 muka surat

Anarkisme sememangnya mempunyai sejarah yang menarik. Dari falsafahnya, tokoh-tokohnya, gerakannya, dan impaknya kepada dunia, anarkisme telah menggugat kekuasaan dengan caranya tersendiri. Untuk berupaya mencatat seluruh sejarah anarkisme yang ‘kucar-kacir’ itu, ia adalah suatu usaha yang sukar dilakukan namun bukanlah mustahil, dan buku Anarkisme Untuk Pemula (AUP) ini telah berusaha untuk mencatat segalanya dengan sehabis baik.

Categories
Anarkisme Bangkit Sokong Tanpa Penjara

Seruan untuk menyokong Minggu Solidariti Antarabangsa dengan Tahanan Anarkis 2020

oleh Kon Zing
Bacaan: 2 minit
Tulisan ini adalah sokongan untuk
International Week of Solidarity With Anarchist Prisoners


Satu dekad yang baharu telah bermula di dunia. Dengan kebangkitan gerakan berhaluan kanan dan kemerosotan demokrasi sosial secara perlahan-lahan, kita sedang menjadi saksi kepada tahun-tahun akan datang yang sengit dengan perlawanan menentang negara dan kapitalisme. Sudah ada ramai anarkis yang meringkuk dalam penjara kerana mengambil bahagian dalam perjuangan ini – namun mereka dilupakan atau diabaikan oleh para aktivis liberal dan NGO-NGO hak asasi manusia kerana dianggap melakukan ‘jenayah’ atau aksi langsung yang ‘ganas’ dan ‘ekstrem’.

Categories
Anarkisme Anarko-Feminisme Sejarah Terjemahan

Emma Goldman: Renungan pada Hari Jadinya yang ke-150

oleh Kon Zing
Bacaan: 17 minit
Terjemahan dari Emma Goldman: Reflections on her 150th Birthday


Emma Goldman (27 Jun 1869 – 14 Mei 1940) adalah salah seorang anarkis yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Minggu ini menandakan ulang tahun beliau yang ke-150. Di dalam semangat untuk memperingati para anarkis yang wujud sebelum kami, kami telah meminta beberapa orang penulis anarkis kegemaran kami untuk berkongsikan pendapat mereka mengenai pengaruh Goldman terhadap diri mereka, dan warisan yang ditinggalkan oleh beliau buat kita semua.

Categories
Anarkisme Sejarah Seni

Anarchist from Colony (2017): Menggugat Pemerintahan Imperialisme Monarki Jepun dengan Nitroglycerin dan Penerbitan Majalah Bawah Tanah

oleh Kon Zing
Bacaan: 6 minit


Berlatarbelakangkan Tokyo ketika penjajahan Korea di bawah kuasa Jepun pada tahun 1920-an, Anarchist from Colony (2017) adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang kehidupan seorang anarkis Korea bernama Park Yeol dan pasangan beliau, Kaneko Fumiko; seorang anarkis-nihilis Jepun yang bersimpati dengan perjuangan rakyat Korea. Mereka berdua menghadapi perbicaraan setelah dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Jepun dan berkomplot untuk percubaan membunuh putera Maharaja Jepun.

Categories
Bangkit Sejarah Seni

5 Dokumentari Mengenai Aksi Langsung yang Perlu Anda Tonton

oleh Kon Zing
Bacaan: 4 minit


Dokumentari merupakan salah satu bentuk media yang menggunakan rakaman terus atau temubual bersama beberapa orang yang terlibat dengan sesuatu perkara serta peristiwa yang dianggap penting. Berbeza dengan filem yang kebanyakannya fiksyen dan ditokok tambah, dokumentari menyediakan sebuah laporan berasaskan fakta berdasarkan sesuatu tema atau subjek yang khusus.

Sama seperti propaganda dalam apa bentuk atau medium sekalipun, aksi langsung sentiasa ditunjukkan sebagai suatu tindakan yang ganas atau berbahaya.

Berikut adalah beberapa dokumentari mengenai aksi langsung yang berusaha untuk mencabar tanggapan umum dan melawan mitos berkaitannya dengan merakamkan aksi tersebut di hadapan lensa kamera.

Categories
Bangkit Sejarah

Memperingati Loukanikos dan Semua Anjing Rusuhan yang Lain

oleh Kon Zing
Bacaan: 5 minit


Anjing rusuhan (riot dog) adalah istilah yang diberi oleh pihak media, pertama kali digunakan untuk merujuk kepada beberapa anjing jalanan yang menemani para demonstran di bandar Athens, Greece semasa berlakunya rusuhan pada tahun 2008. Anjing-anjing ini mendapat perhatian kerana kekal tenang walaupun berlaku pertempuran yang ganas antara pihak demonstran dengan pihak polis. Mereka juga akan ikut bertempur dengan anjing-anjing polis. Malah, ada yang menyepak kembali tong gas pemedih mata yang ditembak oleh pihak polis kembali ke sudut lawan.

Anjing-anjing rusuhan ini kemudiannya menjadi sebuah simbol perlawanan menentang penindasan, dan menjadi terkenal di kalangan media, sehingga diabadikan dalam pelbagai medium seni seperti poster, mural dinding, grafiti, stensil, kartun satira politik, lagu-lagu protes, dokumentari, aplikasi permainan mudah alih, serta tugu peringatan.

Categories
Anarkisme Bangkit Kelola

12 Mitos mengenai Aksi Langsung

oleh Kon Zing
Bacaan: 6 minit


Aksi langsung – iaitu apa-apa tindakan yang mengatasi dan memintas mana-mana saluran politik yang ‘sah’ untuk mencapai sesuatu matlamat secara terus dengan menggunakan cara yang paling berkesan – mempunyai warisan sejarah yang panjang dan kaya di seluruh dunia. Walaupun demikian, terdapat banyak salah faham dan mitos popular mengenainya, dan sebahagian besar dari salah faham tersebut adalah hasil dari laporan tidak tepat oleh pihak media korporat.

Categories
Anarko-Feminisme Sejarah

5 Anarko-Feminis yang Perlu Anda Kenali Selain Daripada Emma Goldman

oleh Kon Zing
Bacaan: 10 minit


Apabila kita bercakap tentang anarko-feminisme, Emma Goldman adalah nama pertama yang akan terlintas di fikiran kita. Memang tidak dinafikan lagi bahawa ‘Biarawati Agung Anarki’ ini mempunyai banyak sumbangan dan meninggalkan impak yang besar kepada gerakan anarkisme walaupun setelah 80 tahun sejak pemergiannya. Namun, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip asas anarkisme lain iaitu ‘tiada idola, tiada tokoh’, saya berpendapat bahawa tidak salah untuk kita berusaha mengenali anarko-feminis yang lain, lebih-lebih lagi yang bertapak di tempat selain dari Amerika Syarikat.

Categories
Anarko-Feminisme Kelola

Bagaimana Caranya untuk Menganjurkan Sebuah Gig?

oleh Kon Zing
Bacaan: 14 minit


Apabila kita bercakap tentang acara, puluhan (mungkin dah masuk ratusan kot?) acara yang telah saya anjurkan serta sertai bersama sepanjang hidup saya seperti bengkel, forum, diskusi lepak-lepak-sambil-baca-buku, dan sebagainya, bagi saya gig adalah satu bentuk acara yang paling teknikal dan banyak perkara perlu difikirkan untuk menjayakannya. Menganjurkan gig bukannya suatu perkara yang mudah (untuk dilakukan seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan lain).

Tetapi gig pada 6 April lepas yang kami anjurkan bersama Sara dari Distopia dan Ieda dari Paragila / Sarata, adalah gig yang paling chaos pernah saya alami sendiri dari sudut penganjurannya, dan adalah yang paling saya puas hati setakat ini.