Categories
Anarko-Pondan/Queer Teori Terjemahan

Poliamori dan Anarkisme Pondan: Kemungkinan Tanpa Batasan untuk Sebuah Penentangan

oleh Mustajab
Bacaan: 13 minit
berdasarkan Polyamory and Queer Anarchism:
Infinite Possibilities for Resistance

 


Artikel ini membincangkan mengenai apa yang boleh berkait antara teori pondan (queer theory) dengan praktis seksual anarkis. dan mengapa anarkis mungkin akan mengkritik kewajipan monogami sebagai sebuah bentuk perhubungan. Teori pondan melawan norma-hetero (heteronormativity) dan mengakui batasan politik identiti. Perkataan ‘pondan’ menandakan perlawanan terhadap ‘normal’ di mana ‘normal’ dilihat sebagai semula jadi dan intrinsik. Norma-hetero ialah terma yang menggambarkan sebuah set norma berdasarkan tanggapan bahawa semua orang adalah heteroseksual, bergenderkan lelaki/perempuan dan mengamalkan monogami, seiring dengan tanggapan dan penetapan dan penstabilan identiti-identiti tersebut.

Teori pondan juga mengkritik norma-hetero, di mana hubungan selain dari heteroseksual perlu ada persamaan dengan nilai norma-hetero, sebagai contoh dalam situasi norma-gender, hubungan monogami dan bertunjangkan hak pemilikan terhadap seorang pasangan. Dalam cara ini, teori dan praktis pondan menentang apa yang dilihat bahawa semua orang perlu ada sebuah bentuk hubungan yang monogami, cis-gender dan heteroseksual.

Categories
Anarko-Feminisme Bangkit Seni Tarot

Seni Kemusnahan: Menggegar Keselesaan

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 3 minit


Dalam kad tarot, ada satu kad yang bertanyakan soalan: Apakah kau sudah terlalu senang duduk di takhtamu, sehingga kau tidak boleh diturunkan dan dihancurkan?

Categories
Anarko-Pondan/Queer Bangkit

Pondan: Satu Identiti

oleh Mustajab
Bacaan: 4 minit


Pondan sering digunakan terhadap lelaki yang berwatakan perempuan atau dalam bahasa pengajian gender; lelaki yang mempunyai ciri feminin. Namun, soalan yang lebih mendalam mengenai stereotaip seorang pondan, adakah mereka sekadar terhad kepada ciri berlawanan kepada apa yang ‘ditakdirkan’ kepada alat kelamin mereka?

Categories
Anarkisme Bangkit Kelola

12 Mitos mengenai Aksi Langsung

oleh Kon Zing
Bacaan: 6 minit


Aksi langsung – iaitu apa-apa tindakan yang mengatasi dan memintas mana-mana saluran politik yang ‘sah’ untuk mencapai sesuatu matlamat secara terus dengan menggunakan cara yang paling berkesan – mempunyai warisan sejarah yang panjang dan kaya di seluruh dunia. Walaupun demikian, terdapat banyak salah faham dan mitos popular mengenainya, dan sebahagian besar dari salah faham tersebut adalah hasil dari laporan tidak tepat oleh pihak media korporat.

Categories
Anarko-Feminisme Sejarah

5 Anarko-Feminis yang Perlu Anda Kenali Selain Daripada Emma Goldman

oleh Kon Zing
Bacaan: 10 minit


Apabila kita bercakap tentang anarko-feminisme, Emma Goldman adalah nama pertama yang akan terlintas di fikiran kita. Memang tidak dinafikan lagi bahawa ‘Biarawati Agung Anarki’ ini mempunyai banyak sumbangan dan meninggalkan impak yang besar kepada gerakan anarkisme walaupun setelah 80 tahun sejak pemergiannya. Namun, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip asas anarkisme lain iaitu ‘tiada idola, tiada tokoh’, saya berpendapat bahawa tidak salah untuk kita berusaha mengenali anarko-feminis yang lain, lebih-lebih lagi yang bertapak di tempat selain dari Amerika Syarikat.

Categories
Anarko-Feminisme Bangkit

Emansipasi untuk Tubuh Perempuan

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 3 minit
Gambar oleh: Michelle Ding


Di seluruh dunia, kebanyakan perempuan tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam hal-hal berkenaan hidup mereka sendiri. Kami terbelenggu oleh penindasan dan seksisme, di bawah atap patriarki.

Salah satu hak yang tidak diberikan kepada perempuan adalah hak untuk menentukan yang terbaik untuk tubuh badan mereka. Ini termasuklah hak untuk mendapatkan pengguguran. Seringkali terbelenggu oleh bebelan masyarakat misogini, disindir pakar keagamaan, dan dipaksa untuk terus menanggung beban yang sebenarnya boleh sahaja dinyahkan oleh beberapa biji pil dan tidur seharian di rumah.

Categories
Anarko-Feminisme Kelola

Bagaimana Caranya untuk Menganjurkan Sebuah Gig?

oleh Kon Zing
Bacaan: 14 minit


Apabila kita bercakap tentang acara, puluhan (mungkin dah masuk ratusan kot?) acara yang telah saya anjurkan serta sertai bersama sepanjang hidup saya seperti bengkel, forum, diskusi lepak-lepak-sambil-baca-buku, dan sebagainya, bagi saya gig adalah satu bentuk acara yang paling teknikal dan banyak perkara perlu difikirkan untuk menjayakannya. Menganjurkan gig bukannya suatu perkara yang mudah (untuk dilakukan seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan lain).

Tetapi gig pada 6 April lepas yang kami anjurkan bersama Sara dari Distopia dan Ieda dari Paragila / Sarata, adalah gig yang paling chaos pernah saya alami sendiri dari sudut penganjurannya, dan adalah yang paling saya puas hati setakat ini.