Categories
Sejarah Teori Terjemahan

Penjajahan dan Identiti: Bahagian III (Akhir)

oleh Erin Malikhain
Diterjemah dan diadaptasi dari:
Colonization and Identity by Chris Kortright
Bacaan: 8 minit


Konflik / Hubungan Kolonial

Imej penduduk kampung dan penduduk asal, walaupun realiti fizikal tempat tinggal; ada perbezaan psikologi antara keduanya, dan ketika kita melihat hubungan fizikal dan mental ini, ada pemahaman tentang identiti. Dunia penjajah adalah dunia Manichean, ada kampung asal dan kampung peneroka. Di antara dua dunia ini adalah polis dan askar, mereka adalah pegawai dan penghubung sebenar sistem penjajah. Garis pemisah antara dua dunia yang terpisah ini adalah sekatan, kawat berduri dan balai polis.

Categories
Sejarah Teori Terjemahan

Penjajahan dan Identiti: Bahagian II

oleh Erin Malikhain
Diterjemah dan diadaptasi dari:
Colonization and Identity by Chris Kortright
Bacaan: 6 minit


Si Penjajah
Si Penjajah yang Menerima

Penjajah yang dilahirkan di tanah jajahan atau pergi ke sana untuk memperbaiki dirinya dari segi ekonomi (selalunya mereka yang mengembara dan membangunkan diri di sebuah koloni berasal dari latar belakang miskin atau kelas pekerja; hanya di jajahan mereka berpeluang membuat sesuatu) dan merangkumi struktur kolonial di mana dia, di matanya, merupakan hak majoriti penjajah. Dengan menerima peranan penjajah, dia menerima tanggungjawab dan identiti dirinya (sebagai penjajah) dan mereka yang dijajah. Walaupun mereka yang dijajah adalah sebahagian dari ekonomi antara kaum dan ekonomi yang diperlukan, penjajah mesti menolak mereka yang dijajah dan mempertahankan identiti dari segi intelek dan fizikal. Dia (penjajah) mesti menerima keganasan dan kemiskinan yang dilihatnya setiap hari; adalah tugasnya untuk merasionalisasikan tindakan dirinya dan sesama penjajah kerana dia perlu membebaskan dirinya dari kekejaman yang dilakukan atas nama keunggulan ekonomi dan budaya.

Categories
Sejarah Teori Terjemahan

Penjajahan dan Identiti: Bahagian I

oleh Erin Malikhain
Diterjemah dan diadaptasi dari:
Colonization and Identity by Chris Kortright
Bacaan: 8 minit


Mereka yang menemui dan menakluk tanah lain adalah memegang hak terhadap mereka [penduduk asal], kekayaan mereka, dan merampas hasil mereka. Orang yang ditakluki boleh dilayan seperti hamba, dibuang ke tanah lain, atau diserap masuk ke dalam masyarakat dan institusi [mereka yang menakluk] – Vine Deloria, Jr. (1983)

Categories
Anarkisme Sejarah Seni

Anarkisme Untuk Pemula (2017): Mudah Dihadam Atau Mengelirukan?

oleh Kon Zing
Bacaan: 5 minit


Penulis: Marcos Mayer
Ilustrasi: Sanyú
Penterjemah: Anjani dan Tiqquntilikum
Penerbit: Daun Malam
Tahun: 2017
Bahasa: Indonesia
Tebal: 168 muka surat

Anarkisme sememangnya mempunyai sejarah yang menarik. Dari falsafahnya, tokoh-tokohnya, gerakannya, dan impaknya kepada dunia, anarkisme telah menggugat kekuasaan dengan caranya tersendiri. Untuk berupaya mencatat seluruh sejarah anarkisme yang ‘kucar-kacir’ itu, ia adalah suatu usaha yang sukar dilakukan namun bukanlah mustahil, dan buku Anarkisme Untuk Pemula (AUP) ini telah berusaha untuk mencatat segalanya dengan sehabis baik.

Categories
Anarkisme Anarko-Feminisme Sejarah Terjemahan

Emma Goldman: Renungan pada Hari Jadinya yang ke-150

oleh Kon Zing
Bacaan: 17 minit
Terjemahan dari Emma Goldman: Reflections on her 150th Birthday oleh Anarchist Agency


Emma Goldman (27 Jun 1869 – 14 Mei 1940) adalah salah seorang anarkis yang paling berpengaruh sepanjang zaman. Minggu ini menandakan ulang tahun beliau yang ke-150. Di dalam semangat untuk memperingati para anarkis yang wujud sebelum kami, kami telah meminta beberapa orang penulis anarkis kegemaran kami untuk berkongsikan pendapat mereka mengenai pengaruh Goldman terhadap diri mereka, dan warisan yang ditinggalkan oleh beliau buat kita semua.

Categories
Anarkisme Sejarah Seni

Anarchist from Colony (2017): Menggugat Pemerintahan Imperialisme Monarki Jepun dengan Nitroglycerin dan Penerbitan Majalah Bawah Tanah

oleh Kon Zing
Bacaan: 6 minit


Berlatarbelakangkan Tokyo ketika penjajahan Korea di bawah kuasa Jepun pada tahun 1920-an, Anarchist from Colony (2017) adalah sebuah filem berdasarkan kisah benar yang mengisahkan tentang kehidupan seorang anarkis Korea bernama Park Yeol dan pasangan beliau, Kaneko Fumiko; seorang anarkis-nihilis Jepun yang bersimpati dengan perjuangan rakyat Korea. Mereka berdua menghadapi perbicaraan setelah dituduh berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Jepun dan berkomplot untuk percubaan membunuh putera Maharaja Jepun.

Categories
Bangkit Sejarah Seni

5 Dokumentari Mengenai Aksi Langsung yang Perlu Anda Tonton

oleh Kon Zing
Bacaan: 4 minit


Dokumentari merupakan salah satu bentuk media yang menggunakan rakaman terus atau temubual bersama beberapa orang yang terlibat dengan sesuatu perkara serta peristiwa yang dianggap penting. Berbeza dengan filem yang kebanyakannya fiksyen dan ditokok tambah, dokumentari menyediakan sebuah laporan berasaskan fakta berdasarkan sesuatu tema atau subjek yang khusus.

Sama seperti propaganda dalam apa bentuk atau medium sekalipun, aksi langsung sentiasa ditunjukkan sebagai suatu tindakan yang ganas atau berbahaya.

Berikut adalah beberapa dokumentari mengenai aksi langsung yang berusaha untuk mencabar tanggapan umum dan melawan mitos berkaitannya dengan merakamkan aksi tersebut di hadapan lensa kamera.

Categories
Bangkit Sejarah

Memperingati Loukanikos dan Semua Anjing Rusuhan yang Lain

oleh Kon Zing
Bacaan: 5 minit


Anjing rusuhan (riot dog) adalah istilah yang diberi oleh pihak media, pertama kali digunakan untuk merujuk kepada beberapa anjing jalanan yang menemani para demonstran di bandar Athens, Greece semasa berlakunya rusuhan pada tahun 2008. Anjing-anjing ini mendapat perhatian kerana kekal tenang walaupun berlaku pertempuran yang ganas antara pihak demonstran dengan pihak polis. Mereka juga akan ikut bertempur dengan anjing-anjing polis. Malah, ada yang menyepak kembali tong gas pemedih mata yang ditembak oleh pihak polis kembali ke sudut lawan.

Anjing-anjing rusuhan ini kemudiannya menjadi sebuah simbol perlawanan menentang penindasan, dan menjadi terkenal di kalangan media, sehingga diabadikan dalam pelbagai medium seni seperti poster, mural dinding, grafiti, stensil, kartun satira politik, lagu-lagu protes, dokumentari, aplikasi permainan mudah alih, serta tugu peringatan.

Categories
Anarko-Feminisme Sejarah

5 Anarko-Feminis yang Perlu Anda Kenali Selain Daripada Emma Goldman

oleh Kon Zing
Bacaan: 10 minit


Apabila kita bercakap tentang anarko-feminisme, Emma Goldman adalah nama pertama yang akan terlintas di fikiran kita. Memang tidak dinafikan lagi bahawa ‘Biarawati Agung Anarki’ ini mempunyai banyak sumbangan dan meninggalkan impak yang besar kepada gerakan anarkisme walaupun setelah 80 tahun sejak pemergiannya. Namun, sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip asas anarkisme lain iaitu ‘tiada idola, tiada tokoh’, saya berpendapat bahawa tidak salah untuk kita berusaha mengenali anarko-feminis yang lain, lebih-lebih lagi yang bertapak di tempat selain dari Amerika Syarikat.