Categories
Anarkisme Bangkit Kelola Tanpa Polis Terjemahan

Dunia Tanpa Polis: Bahagian II

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 5 minit
Terjemahan dari A World Without Police


Polis bukan sahaja membunuh. Mereka mengawasi sekolah, hospital dan juga pengangkutan awam. Di kebanyakan bandar, mereka merayau di sekitar jalan-jalan dan lorong-lorong kawasan perumahan dan kawasan perindustrian. Mereka ditempatkan di pejabat kebajikan, pasaraya, pawagam, dan taman-taman. Di ruang-ruang tersebut, mereka ditugaskan untuk mempertahankan dan memperkasakan golongan majoriti, menjaga harta benda dan perniagaan, melebihi nyawa manusia. Hakikatnya, mereka menjalankan tugas penting untuk memperkasakan kapitalisme; mereka mendisiplinkan golongan miskin, minoriti seksual, minoriti warna kulit, trans, dan golongan kurang upaya agar mereka menerima dengan rela keadaan hidup yang sukar, ditekan oleh gaya hidup sosial yang menyusahkan dan pengasingan, dan menghukum mereka yang cuba menentang status quo pengasingan dan eksploitasi ini.

Categories
Anarkisme Bangkit Kelola Tanpa Polis Terjemahan

Dunia Tanpa Polis: Bahagian I

oleh Erin Malikhain
Bacaan: 5 minit
Terjemahan dari A World Without Police


Bayangkan sebuah dunia tanpa polis.

Kita tinggal dalam sebuah masyarakat di mana setiap masalah sosial, baik jiran yang bising mahupun lampu jalan yang rosak, memerlukan campur tangan polis. Akibatnya adalah sebuah epidemik gangguan dan kekejaman. Tetapi bagaimana sekiranya ada jalan lain untuk kita menyelesaikan masalah ini? Bagaimana jika kita memansuhkan institusi polis sepenuhnya? Kami ingin mengajak kalian untuk berfikir dan bertindak, dan mengusulkan langkah untuk tinggal di dunia bebas polis.