Categories
Anarkisme Bangkit Terjemahan

Mengapa Kita Memecahkan Tingkap?: Bahagian III (Akhir)

oleh Kon Zing
Bacaan: 7 minit
Diterjemah dan diadaptasi dari
Why Break Windows tulisan Armeanio Lewis


Ia Tidak Akan Mengubah Dunia, Tetapi Ia Akan Mengubah Malam Anda!

Hujah yang biasa didengari apabila kita bercakap tentang aksi memecahkan tingkap – satu-satunya hujah yang memang patut dibincangkan, adalah aksi tersebut tidak memberikan apa-apa impak untuk memajukan ‘gerakan anarkis’ dan ‘ia hanya akan membuatkan orang lain membenci anarkis!’.

Mari kita lihat beberapa bentuk lain di mana hujah ini digunakan:

  1. Aksi tersebut boleh, dan tidak boleh mengubah sesuatu. Tiada siapa akan berhujah bahawa memecahkan tingkap akan mencetuskan sebuah revolusi global yang besar-besaran di mana para pekerja di seluruh dunia akan merampas kembali alat produksi dan akan memansuhkan negara, tiada siapa pun yang berhujah sedemikian, kerana itu bukanlah maksud sebenar di sebalik aksi memecahkan tingkap. Memecahkan tingkap hanyalah penzahiran perasaan individu – sebuah reaksi anarkis. Memecahkan tingkap juga memisahkan rusuhan dengan apa yang dipanggil sebagai ‘pertunjukkan kaum kiri’; iaitu demonstrasi jalanan. Laungan yang membosankan, pemimpin yang membosankan memberi ucapan ceramah yang membosankan, perarakan yang membosankan dalam bulatan atau dari satu titik ke satu titik yang lain di tengah panas terik, tidak membuat apa-apa selain dari memegang kain rentang atau sepanduk yang membosankan. Semua perkara di atas membosankan sehinggalah, anda terdengar ada bunyi kaca tingkap yang pecah. Tong sampah dilemparkan ke jalan dan dibakar, objek dilempar ke arah polis. Nada dan aura perlawanan serta kemarahan yang memuncak bertukar menjadi detik paling menarik dalam hidup anda yang membosankan. Memecahkan tingkap bukanlah pilihan logistik yang paling strategic untuk memajukan sesebuah gerakan, tetapi ia adalah pilihan individu untuk bertindak balas dan melawan kembali supaya mereka akhirnya boleh merasai secebis kebebasan.
  2. Memecahkan tingkap tidak menyakiti atau mengancam para pekerja, dan sekiranya ia memberi kesan kepada mereka, bukankah syarikat perniagaan tersebut memang patut dihancurkan dan dibakar? Hujah yang biasa dikemukakan adalah apabila anda memecahkan tingkap, pekerja syarikat tersebut yang perlu membayar harganya dengan gaji mereka. Ini hanya separuh benar, kerana memang pekerja yang perlu membayar kerugian atas apa sahaja yang terjadi – sama ada dilakukan oleh seseorang atau syarikat itu sendiri, kerana mereka adalah pekerja. Sekiranya petugas kebersihan perlu mengemas tingkap yang pecah, bukankah itu memang sebahagian dari tugas mereka? Pekerja didefinisikan dengan jenis kerja dan tugas yang mereka galas di sesebuah syarikat, dan hal itu sendiri adalah satu hubungan yang merosakkan di mana para anarkis amat menentangnya. Jadi mengapa kita berpura-pura kita menyelamatkan mereka apabila kita memilih untuk tidak / menghentikan seseorang dari memecahkan tingkap? Satu-satunya pekerja yang anda lindungi adalah diri anda sendiri apabila anda berasa senang hati terhadap sesuatu yang anda lakukan dan berpura-pura seperti anda adalah seorang penyelamat. Hentikan semua ini, wahai anarkis! Akhir sekali, katakanlah gaji pekerja tersebut dipotong kerana tingkap tempat mereka bekerja dipecahkan, apa kata kita mengatur dan mengelola jaringan solidariti supaya pekerja tersebut mendapat pampasan yang menjadi hak mereka? Kita perlu membantu mereka dari pelbagai sudut, bukannya menghalang sesuatu aksi tindakan dari berlaku demi menjaga air muka serta imej yang baik.
  3. Pada akhirnya, ia bukan tentang menjaga imej yang baik. Kita bukannya ahli politik, kita tidak sepatutnya peduli tentang kelihatan kemas, baik, tertib, dan dihormati. Kita adalah anarkis! Kita memberitahu dengan jelas, bahawa dengan nama dan label ‘anarkis’ itu sahaja, kita menentang semua perkara yang masyarakat percaya. Adakah anda masih hairan mengapa mereka menghina kita? Seolah-olah mogok yang dianjurkan oleh kesatuan kerja anda lebih digemari ramai, tidak seperti anak muda yang merusuh. Kedua-dua aksi dipaparkan sebagai sampah masyarakat yang menyusahkan orang ramai, merosakkan tonggak utama kepercayaan masyarakat setempat. Mengapa begitu? Kerana sama ada orang ramai akan menyukai kita, atau sebaliknya. Memperlakukan diri kita seperti anjing peliharaan, memastikan kesemua bulu dipotong rapi, gebu dan lembut, tidak akan mengubah apa-apa perkara pun kerana pada akhirnya, kita hanyalah anjing suruhan yang mana tujuan kita hidup di atas muka bumi ini adalah untuk mengumpulkan wang bagi para ‘tuan’ kita.

Adakah ia sah untuk tidak mengambil bahagian atau bersetuju secara peribadi tentang aksi memecahkan tingkap? Sudah tentu sekali, tetapi untuk menghalang, menghina dan mengganggu mereka yang mahu melakukannya? Seolah-olah kewujudan anda lebih relevan, suara anda perlu didengar oleh semua orang, dan kemarahan orang lain tidak sah di mata anda?

Apa Sahaja Yang Anda Lakukan, Pandai-pandailah Jaga Diri

Ketakutan terhadap penindasan adalah musuh terbesar negara, jadi bagaimana kita sebagai anarkis memerangi hal ini? Mudah sahaja. JANGAN JADI BODOH. Menjaga diri anda apabila melakukan aksi memecahkan tingkap adalah sangat mudah, jadi berikut adalah beberapa panduan untuk anda.

  1. Pakai sarung tangan. Rancangan dan siri TV adalah karya fiksyen. Mereka tidak boleh mendapatkan cap jari anda dari aplikasi telefon bimbit. Cap jari, dalam kehidupan realiti, sebenarnya adalah susah untuk diperolehi, walau bagaimanapun anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Amat jelas sekali sekiranya anda mengelak untuk mendedahkan cap jari anda apabila anda sudah ada di dalam sistem pangkalan data pihak berkuasa kerana anda pernah ditahan sebelum ini, tetapi jika anda belum pernah ditahan dan rekod mengenai anda tidak wujud dalam simpanan polis, peringatan ini adalah sesuatu yang perlu anda ingati sampai mati. Negara dan pihak berkuasa mengenali corak, pola dan perangai sasaran mereka dengan sangat baik. Sekiranya beberapa cap jari yang sama muncul berulang kali, ia bukan sahaja direkodkan ke dalam pangkalan data mereka, malah ia juga akan dikaitkan bersama dengan beberapa aksi lain yang sedang mereka siasat. Sekiranya anda ditahan, telah ada bukti terhadap anda. Bagaimana untuk mengelak hal ini dari terjadi? PAKAI SARUNG TANGAN. Apa-apa sarung tangan pun boleh. Anda boleh membeli sarung tangan hitam di kedai serbaneka, atau di mana sahaja asalkan murah. Malah, sarung tangan kebun juga boleh menyembunyikan cap jari anda. Akhir sekali, untuk langkah tambahan, pakai sarung tangan getah di bawah sarung tangan utama anda.
  2. Kamera ada di mana-mana sahaja, sembunyikan wajah anda. Bahagian mata dan dahi, serta rambut seseorang individu bukan sahaja ciri-ciri wajah yang paling senang dikenali, malah apabila ia digabungkan bersama, ia akan membuatkan kerajaan dan pihak berkuasa berteriak “Kantoi!” pada anda. Sangat mudah untuk menyembunyikan semua ini. PAKAI PAKAIAN SERBA HITAM DAN AMALKAN FESYEN BLACK BLOC. Panduan ringkas ada di mana-mana, dan jika rasa anda gugup atau gementar dengan pengawasan dan pengintipan kerajaan, Google sahaja: “Bagaimana untuk kelihatan seperti seorang ninja”.
  3. Tiada masa yang lebih baik untuk bertindak berbanding sekarang, tetapi utamakanlah keselamatan anda terlebih dahulu. Adalah penting untuk beraksi dan bertindak balas, sama pentingnya untuk tidak melakukan aksi tersebut di hadapan pihak polis, atau di pada ketika keadaan sedang tenang dengan kehadiran ‘polis damai’ atau ‘penyelia protes’. Ada yang akan berhujah sebaliknya; buatlah sesuka hati pada bila-bila masa yang anda suka, dan saya bersetuju sepenuhnya dengan pendirian ini, tetapi saya adalah diri saya sendiri, dan mereka adalah diri mereka. Adakah anda bersedia dan sanggup untuk ditahan dalam lokap dengan jangka masa yang amat panjang? Tidak mengapa jika anda tidak sanggup, tetapi jagalah diri anda dengan baik dan ingatlah bahawa anda boleh ditangkap pada bila-bila masa.
  4. Jangan berlagak. Jaga mulut anda. Aksi memecahkan tingkap adalah satu perkara yang amat mengagumkan, menghiburkan, mengasyikkan, menyeronokkan, dan sesuatu yang anda benar-benar mahu kongsikan dengan orang lain tetapi tolonglah, tolong jaga mulu anda kerana ia akan membuatkan anda ditangkap oleh pihak berkuasa. Sebagai penutup, memecahkan tingkap adalah menyeronokkan tetapi seperti semua aksi perlawanan – ia juga datang dengan bahaya dan risiko yang tersendiri. Saya secara peribadinya akan berhujah bahawa anda tidak perlu risau sekiranya anda ditangkap, kerana anda boleh membawa kemarahan anda ke dalam penjara dan seterusnya. Walau bagaimanapun, saya adalah bertanggungjawab terhadap diri saya sendiri. Kita adalah anarkis, bukannya Marxis. Anda membuat keputusan sendiri. Adakah anda mahu terlepas dari pertuduhan melakukan aksi tersebut, atau anda tidak peduli? Mana-mana pilihan yang anda ambil pun tidak akan menentukan seberapa anarkisnya anda, namun ia menentukan siapa diri anda dan apa yang penting bagi anda dan kedua-duanya juga tidak apa. Memecahkan tingkap tidak akan mengubah dunia, dan juga tidak akan memberikan inspirasi kepada ribuan pemecah tingkap yang akan muncul selepas anda. Ia akan membuatkan anda merasa secebis kebebasan dan memberikan anda sebuah memori yang bernilai untuk anda simpan agar anda tetap terinspirasi dan marah. Ia akan memberikan anda pengalaman, pengetahuan, dan keterujaan. Ia akan memberikan anda sesuatu yang boleh dibanggakan dan rasa gembira di sebalik kemurungan berterusan yang kita semua hadapi di dunia yang menyedihkan dan penuh dengan celaka ini.

Jadi, apabila anda ditanya mengapa kita memecahkan tingkap, jawab kembali persoalan itu dengan…

MENGAPA TIDAK?


Nota penterjemah: Armeanio Lewis, penulis asal zine Why Break Windows ini telah dibunuh oleh para fasis di Portland pada tahun 2019.

Selepas kecewa dan marah dengan ketidakpedulian pihak berkuasa Portland yang lambat bertindak untuk menyiasat kes pembunuhan anaknya, ibu Armeanio mendedahkan sendiri nama suspek di laman Facebooknya.

Beberapa malam selepas pembunuhan Armeanio, kelompok anarkis di Portland yang juga merupakan rakan-rakan seperjuangannya menganjurkan beberapa aksi rusuhan untuk membalas dendam, dan memecahkan tingkap bagi menghormati nama beliau.

Mereka boleh membunuhnya, tetapi Armeanio hidup selamanya di dalam diri kita semua.

Pecahkanlah tingkap dan dedikasikannya ke atas nama beliau, hari ini.