Categories
Anarko-Pondan/Queer Teori Terjemahan

Poliamori dan Anarkisme Pondan: Kemungkinan Tanpa Batasan untuk Sebuah Penentangan

oleh Mustajab
Bacaan: 13 minit
berdasarkan Polyamory and Queer Anarchism:
Infinite Possibilities for Resistance

 


Artikel ini membincangkan mengenai apa yang boleh berkait antara teori pondan (queer theory) dengan praktis seksual anarkis. dan mengapa anarkis mungkin akan mengkritik kewajipan monogami sebagai sebuah bentuk perhubungan. Teori pondan melawan norma-hetero (heteronormativity) dan mengakui batasan politik identiti. Perkataan ‘pondan’ menandakan perlawanan terhadap ‘normal’ di mana ‘normal’ dilihat sebagai semula jadi dan intrinsik. Norma-hetero ialah terma yang menggambarkan sebuah set norma berdasarkan tanggapan bahawa semua orang adalah heteroseksual, bergenderkan lelaki/perempuan dan mengamalkan monogami, seiring dengan tanggapan dan penetapan dan penstabilan identiti-identiti tersebut.

Teori pondan juga mengkritik norma-hetero, di mana hubungan selain dari heteroseksual perlu ada persamaan dengan nilai norma-hetero, sebagai contoh dalam situasi norma-gender, hubungan monogami dan bertunjangkan hak pemilikan terhadap seorang pasangan. Dalam cara ini, teori dan praktis pondan menentang apa yang dilihat bahawa semua orang perlu ada sebuah bentuk hubungan yang monogami, cis-gender dan heteroseksual.

Pondan dan Persimpangan Anarkis

Dalam Anarchism, Poststructuralism and the Future of Radical Politics, Saul Newman membezakan anarkisme dari cabaran-cabaran politikal radikal yang lain. Newman mengkonsepkan kebangkitan anti-kapitalis dan gerakan anti-perang yang “…anti-pemerintahan dan bukan-keinstitusian…[sebagai]…cabaran-cabaran anarkis.” Beliau menyatakan gerakan ini adalah seperti mereka yang “..melawan kebarangkalian yang berpusat oleh kebanyakan cabaran radikal yang telah berlaku di masa lalu,…mereka tidak menuju untuk ambil alih kuasa negara, atau menggunakan mekanisme dan institusi negara tersebut.” Anarkisme dalam konteks ini adalah sebagai satu penentangan terhadap institusi, hierarki dan asimilasi politikal menyeluruh atau separa ke atas negara.

Newman juga memetik pemikir anarkis seperti “Bakunin dan Kropotkin yang menolak untuk diperdaya oleh para teori kontrak sosial, apologis-apologis untuk negara seperti Hobbes dan Locke, yang telah melihat kedaulatan yang diasaskan dengan keizinan yang rasional dan kehendak untuk mengelak dari keadaan yang semula jadi. Bagi Bakunin, ini adalah sebuah fiksyen, sebuah ‘penipuan yang tidak berbaloi’. Dalam kata lain, kontrak sosial ialah sekadar sebuah topeng untuk perbuatan haram oleh negara – faktanya bahawa kedaulatan itu telah dipaksa kepada rakyat secara kasar, berbanding peningkatan melalui keizinan yang rasional dari mereka. Beliau menyatakan melawan negara dengan mengakuinya sebagai sebagai sebuah perkara yang haram dilihat sebagai sebuah bentuk yang terpilih. Dengan cara yang sama, teori pondan boleh bertindak sebagai kritik terhadap perbincangan biologikal mengenai gender dan seksualiti menjadi ‘semula jadi’, dengan menunjukkan ke arah kepelbagaian bentuk yang dikonsepkan dan dipengaruhi oleh konteks sejarah dan sosial. Teori pondan menekankan bahawa seksualiti sebagai sebuah kategori dan cara untuk pengecaman, yang dianggap sebagai ‘semula jadi secara biologi’, adalah sebuah fakta yang dibina secara sosial.

Ini telah ditunjuk melalui cara ‘homoseksual’ dan ‘seks’ sebagai kategori biologikal diciptakan. Pada akhir abad ke-19, istilah ‘homoseksual’ muncul sebagai cara untuk mengetahui sesiapa yang melakukan aksi seksual sama-jantina. Penggunaan homoseksualiti sebagai sebuah istilah meningkat sebagai cara untuk mendefinisikan heteroseksualiti, demikian menunjukkan bahawa ianya adalah binaan sosial dan asalnya bukan semula jadi. Perbincangan biologi dan perubatan mengenai gender dan seksualiti berubah mengikut sejarah. Dalam Discovery of the Sexes, Thomas Laquer mencatat bagaimana seks telah dibina untuk tujuan politik dan bukan untuk perubatan atau hujahan saintifik ‘sekitar abad ke-18’. “Organ yang telah berkongsi nama – ovari dan testikel – kini telah dibezakan secara linguistik. Organ yang tidak dibezakan dengan nama ia sendiri – vagina, sebagai contoh – telah diberikan.” Orgasme perempuan dan peranannya, jika ada, dalam konsep juga telah diperdebatkan sebagai sebuah isu kontemporari. Perbezaan seksual telah menjadi sebuah cara untuk menyatakan secara jelas hierarki gender di mana perempuan dilihat rendah kedudukan kepada lelaki. Model perbezaan seks ini, Laqueur menulis, “…sebanyak mana produk budaya terjadi, dan menjadi, ianya model satu-seks.” Peralihan ini telah ditunjukkan dalam keadaan seperti pemerhatian de Graaf yang mengemukakan tuntutan “…testikel perempuan sepatutnya dipanggil ovari.” Ahli anatomi abad ke-18 juga memperakui “…telah hasilkan ilustrasi terperinci mengenai rangka perempuan secara eksplisit untuk dokumentasi fakta bahawa perbezaan seksual adalah lebih dari kulit dalam.” Dalam model satu-seks ini, badan lelaki menjadi sebuah norma untuk dibandingkan dengan badan yang lain. Model yang bermasalah ini menganggap perbezaan secara biologi menjadi sebuah ‘normal’ bagi perbezaan sosial. Walau bagaimanapun, Laqueur menyah-stabilkan idea ini yang seks sebagai kategori ‘normal’ menunjukkan perbezaan biologi yang ketara, dan sebaliknya memberikan idea bahawa pembinaan seks telah dipengaruhi dan dibentuk oleh hierarki gender dan dorongan politik.

Politik Kelas dan Seterusnya

Teori pondan menyah-naturalkan hierarki gender, seksualiti dan pengaruh politik, dan adalah sebuah peralatan berharga untuk praktis anarkis. Teori pondan mempersoalkan apa itu ‘normal’ dan apa yang mencipta perbezaan hierarki antara kita, membuka ruang perjuangan baru di luar politik kelas dengan sendiri. Dari teori feminis, telah bangkit satu idea bahawa gender dibina secara sosial dan bukan biologi, dan dari situ bukan semula jadi, stabil atau ‘perlu’ untuk identiti seseorang hanya kerana ‘biologi’ mereka. Sebaliknya, gender ialah sebuah produk dari norma sosial, perlakuan individu, dan kuasa institusi. Kajian gay/lesbian telah menambah dalam perbincangan mengenai gender dan seksualiti dengan memperkenalkan konsep homoseksualiti dan identiti LGBT sebagai sebuah ruang yang masih lagi boleh dipersoalkan. Mengikuti kerja teori feminis dan kajian-kajian gay/lesbian, teori pondan memahami seksualiti dan perlakuan seksualiti yang sama pembinaan sosial dan kontigen mengikut sejarah. Teori pondan membenarkan kepelbagaian praktis seksual yang mencabar norma-hetero, seperti hubungan selain monogami, hubungan BDSM dan pekerjaan seks (pelacuran).

Teori pondan membuka sebuah ruang untuk kritik bagaimana kita berhubung antara satu sama lain secara sosial dalam sebuah cara yang sangat berbeza dengan kebiasaan praktis anarkis. Di mana anarkisme klasik banyak bertumpukan terhadap analisa hubungan kuasa antara manusia serta ekonomi dan negara, teori pondan pula cuba untuk memahami manusia melalui hubungan kepada yang normal dan yang menyimpang, mencipta kebarangkalian yang tiada batasan untuk melawan. Teori pondan berusaha menggugat ‘normal’ melalui dorongan yang sama dengan apa yang dibuat anarkis terhadap hubungan hierarki, eksploitasi dan penindasan. Kita boleh menggunakan teori pondan untuk mencipta konsep bentuk-bentuk hubungan yang baru dan hubungan sosial  yang melawan patriarki dan penindasan lain dengan mencipta sebuah bentuk hubungan sosial ‘anarkis pondan’ yang jelas. Dengan membenarkan kepelbagaian dan bentuk-bentuk yang bendalir (fluid) dalam identiti dan hubung kait seksual yang menjangkaui binari gay/lesbian, sebuah amalan anarkisme pondan membenarkan untuk mencabar negara dan kapitalisme, sebegitu juga mencabar penindasan seksual dan norma-norma yang  seringkali termaktub dalam negara dan hubungan-hubungan sosial hierarki yang lain.

Anarkisme Pondan sebagai sebuah Bentuk Sosial

Sebuah penolakan pondan terhadap institusi perkahwinan boleh berdasarkan dengan penolakan anarkis terhadap hierarki bentuk perhubungan dan asimilasi negara. Seorang anarkis yang menjaga anak seseorang sebagai cara alternatif untuk membina keluarga boleh difahami sebagai menggubal sebuah hubungan pondan. Gustav Landauer dalam Revolution and Other Writings menulis bahawa “Negara adalah sebuah hubungan sosial; sebuah cara tertentu untuk manusia berhubung dengan yang lain. Ia boleh dihancurkan dengan mencipta sebuah hubungan sosial baru; sebagai contoh, apabila manusia berhubungan dengan yang lain secara berbeza.” Apabila para anarkis memberi perhatian dan bekerja dalam ruang politik seksual dan melawan semua penindasan, kita boleh mencipta sebuah bentuk hubungan ‘anarkis-pondan’ baru yang menyatukan konsep gotong-royong (mutual aid) anarkis, solidariti dan penyertaan secara sukarela dengan sebuah analisa pondan terhadap norma dan kuasa. Kita perlu mencapai suatu matlamat untuk mencipta dan menerima bentuk-bentuk baharu hubungan dalam gerakan anarkis yang menghancurkan negara dan melawan penindasan dalam dan luar bilik tidur kita.

Satu cara yang kita boleh menghubung kaitkan secara sosial dengan analisis anarkis pondan ialah dengan mengamalkan alternatif-alternatif kepada negara yang wujud dan konsep norma-hetero terhadap seksualiti. Kita boleh merangkum sebuah praktis seksual yang pelbagai, termasuk BDSM, poliamori dan hubungan heteroseksual yang pondan – dengan tidak menjadikannya sebagai sebuah norma, tetapi sebagai amalan antara kebanyakan hubungan yang wujud dan sering kali menjadi terpinggir di bawah pemahaman norma kita mengenai seksualiti. Dalam hubungan poliamori, amalan untuk mempunyai lebih dari seorang pasangan mencabar kewajipan monogami dan konsep negara mengenai apa itu sebuah kesesuaian atau hubungan sosial yang normal.

Poliamori ialah salah satu praktis yang timbul apabila kita berfikir mengenai bentuk perhubungan yang boleh (tetapi tidak secara automatik) merangkum pondan secara jelas dan aspek-aspek anarkis. BDSM membenarkan kita untuk menyah-stabilkan hubungan kuasa, dengan membuat sebuah persembahan dan memecahkan hubungan kuasa dalam kehidupan sebenar dalam sebuah persekitaran yang berizin dan dirunding. Praktis heteroseksual yang pondan membenarkan pencairan (atau pengaliran) gender dan praktis seksual dalam kerangka hubungan heteroseksual. Walaupun pengamalan hubungan ini tidak membawa sebuah revolusi secara langsung; kita boleh belajar dari praktis-praktis ini bagaimana untuk mencipta sebuah konsep baru hubungan sosial dan, paling penting, mencabar indoktrinasi norma dalam masyarakat kita yang tegas, terhad dan budaya seksual yang berhierarki.

Poliamori sebagai sebuah Bentuk Anarkis Pondan

Poliamori merujuk kepada praktis hubungan yang mempunyai lebih dari satu pasangan intim secara terbuka dan jujur secara langsung dengan kesedaran dan pengetahuan mengenai peserta-peserta lain (dalam hubungan tersebut). Ini termasuk hubungan seperti seks bertukar pasangan (swinging), kawan berlebih mesra (friends with benefits), dan orang dalam hubungan yang terbuka. Aspek terbuka dan kejujuran dalam poliamori menunjukkan konsep anarkis terhadap penyertaan secara sukarela dan gotong-royong. Poliamori juga membenarkan percintaan bebas dengan cara yang konsep hubungan monogami yang negara tidak benarkan. Emma Goldman dalam Marriage and Love menulis, “Lelaki telah membeli otak, tetapi jutaan di dunia telah gagal untuk membeli cinta. Lelaki telah mengawal badan, tetapi kesemua kuasa atas bumi tidak mampu mengawal cinta. Lelaki telah menjajah seluruh negara, tetapi tenteranya tidak mampu menjajah cinta. …Cinta mempunyai kuasa ajaib untuk membuat seorang peminta sedekah menjadi seorang raja. Ya, cinta itu bebas; ia boleh bergerak ke atmosfera yang tiada lainnya. Dalam kebebasan ia memberi dirinya sepenuhnya (tidak dilayan), dengan banyaknya, sama sekali.”

Dalam percintaan yang bebas, di situ tinggal tanggapan anarkis mengenai gotong-royong. Kembali kepada perkara sebelumnya, poliamori sebagai sebuah bentuk yang mencabar konsep seorang pasangan sebagai pemilikan atau harta. Dari mempunyai hak pemilikan eksklusif terhadap seorang pasangan, sebaliknya poliamori membenarkan pasangan untuk berkongsi cinta dengan sebanyak mungkin pasangan yang mereka bersetuju dan inginkan. Berbeza dengan monogami wajib, poliamori membenarkan lebih dari satu pasangan, di mana boleh mencabar konsep negara mengenai apa itu normal/hubungan semula jadi dan menetapkan sebuah bentuk hubungan yang pondan. Monogami wajib boleh dirujuk sebagai hubungan yang dilahirkan dalam konteks di mana ada tekanan untuk akur dan taat dengan konsep monogami. Monogami wajib adalah sebuah konsep yang merebak dalam undang-undang dan institusi kita, di mana jangkaan dan tekanan untuk akur kepada monogami dianugerahkan dengan keuntungan material dan sosial. Ini bukan sebuah cadangan bahawa sesiapa yang memilih hubungan monogami adalah lebih terhad berbanding mereka dalam hubungan poliamori. Sebuah kritik di mana monogami menjadi kewajipan adalah berbeza dengan menghakimi amalan romantik/seksual individu.

Poliamori juga boleh mencabar konsep negara mengenai pemilikan dan harta. Perkahwinan sebagai sebuah institusi dilaburkan dengan tanggapan pembiakan semula heteroseksual dan patriarki. Penulisan Sara Ahmed boleh digunakan untuk membantu dengan lebih lanjut dalam membina konteks poliamori. Beliau menulis, “Dalam satu cara, berfikir mengenai politik ‘garis hidup’ membantu kita untuk berfikir semula tentang hubungan antara pewarisan (garis yang diberi kepada kita sebagai titik kehadiran ke dalam ruang keluarga dan sosial) dan pembiakan semula (tuntutan untuk kita kembalikan hadiah oleh garis dengan memanjangkan garisan tersebut). Ia bukan secara automatik untuk kita membiakkan apa yang kita warisi, atau kita sentiasa mengubah warisan kita kepada pemilikan. Kita mesti memberi perhatian terhadap tekanan untuk membuat sebarang perubahan.” Analisis beliau menunjukkan bagaimana poliamori boleh mencabar idea tentang pewarisan dan pemilikan. Poliamori sebagai sebuah bentuk yang membenarkan kepelbagaian pasangan dan tidak semestinya melabur dalam pembiakan semula heteroseksual dengan cara yang sama perkahwinan sebagai sebuah institusi negara boleh terjadi. Dengan cara ini, poliamori boleh mengganggu praktis pembiakan dan perwarisan dengan mencipta keluarga yang baru dan bentuk hubungan yang tidak dilaburkan dalam pemilikan seksual dan menjadi sebahagian dari hubungan yang dipaksa oleh negara dan dipantau.

Sebuah seruan untuk Pembebasan Seksual

Seseorang mungkin bertanya, “Bagaimana poliamori relevan kepada saya jika saya tidak berminat untuk mengamalkannya? Apa tujuan untuk mengkritik monogami jika saya dalam hubungan monogami yang memuaskan?” Dengan membawa teori pondan ke dalam ruang peribadi seperti bilik tidur atau turun ke jalan, kita boleh mula untuk meluaskan apa yang tidak pernah difikirkan mengenai keperluan untuk pembebasan. Apabila sesiapa dalam hubungan monogami yang memuaskan mempertimbangkan sejarah mengenai penindasan seksual, mereka mempunyai alat untuk memahami apa itu maksud untuk menjadi bebas secara seksual walau apa pun cara bagaimana sejarah mencatatnya, bahkan semasa membuat pilihan untuk menjadi setia dalam hubungan monogami. Kita boleh membebaskan diri kita dari norma gender yang mengurung serta tidak berasaskan pertimbangan yang teliti dan dari tanggapan bahawa ia bukan sekadar hubungan romantik tetapi keseluruhan kehidupan seharian kita. Teori pondan memberikan kita ruang untuk melanggar dan bermain dengan gender dan mempersoalkan batasan politik identiti untuk mempertimbangkan dengan lebih lanjut bahawa seksualiti dan identiti lain adalah tidak stabil dan tidak perlu. Seksualiti boleh menjadi bendalir dan hadir dalam pelbagai bentuk, seperti mana kemampuan mengekspresikan gender kita.

Kita mahukan lebih dari pembebasan kelas. Kita mahu untuk dibebaskan dari tanggapan borjuis di mana kita perlu berkahwin, di mana hanya wujud binari lelaki dan perempuan dalam norma peranan yang tegar, di mana siapa yang mampu mencari cinta secara monogami dan ekspresi gender mereka dalam cara yang norma dan terhad. Kita perlu melawan demi pembebasan gender untuk rakan dan komrad di sekeliling kita yang melanggar gender dan melawan untuk pembebasan ekspresi seksual dengan izin dan cinta. Perlawanan ini bukan hanya di jalanan. Ia juga dalam bilik tidur dan bilik air kita di mana transgender dan mereka yang beridentitikan selain norma-gender dipantau oleh orang yang tidak mahu mengiktiraf identiti trans atau selain norma-gender mereka, sama ada melalui paksaan binari gender di bawah identiti cisgender dan tidak mengambil peduli mengenai identiti gender yang bendalir atau dengan meletakkan transgender sebagai gender ‘Lain-lain’. Ia wujud dalam struktur kekeluargaan yang mencipta tertib yang borjuis dalam hidup kita. Ia muncul dalam penghasilan perbincangan kita mengenai seksualiti, di mana seksualiti dilihat sebagai sesuatu yang perlu dikaji di bawah sebuah model Barat, perubatan, dan biologi. Ia ada dalam sesi mesyuarat gerakan kita di mana suara-suara kritikal hanya milik para hetero, cisgender lelaki berkulit putih dan memberikannya kembali kepada golongan yang terpinggir. Kita perlu mencipta satu amalan yang baharu, cara kehidupan yang berbeza dan membenarkan sebuah bentuk yang lebih pondan untuk saling berhubung dan terjadi.

Pembebasan seksual dilihat berbeza untuk setiap individu. Mengikut pengalaman saya, memberikan keizinan sepenuh hati untuk diikat oleh seorang rakan dan memberikan izin untuk dipukul secara seksual di dalam sebuah ruang yang telah dirunding oleh semua pihak terlebih dahulu adalah satu bentuk pembebasan. Mencium atau memeluk seseorang yang telah anda berunding dengan teliti untuk mendapatkan izinnya adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan. Berada dalam sebuah hubungan poliamori yang terbuka dan jujur telah menciptakan sebuah hubungan romantik yang sangat bebas dalam hidup saya sehingga kini. Bagaimanapun, pembebasan seksual adalah sebuah pengalaman secara mendalam yang subjektif. Dengan meletakkan konsep poliamori itu sendiri sebagai sebuah bentuk anarkisme pondan dan berpotensi untuk mencipta sebuah ‘norma’ baharu secara paksaan bahawa poliamori sebagai sesuatu yang lebih tinggi dan berkuasa berbanding monogami dan hubungan norma-hetero yang lain adalah sebuah pemikiran binari yang bermasalah.

Berbalik kepada Ahmed, apa yang jelas dalam mempertimbangkan sebuah bentuk hubungan baharu adalah tekanan untuk membuat satu perubahan, dan ini sepatutnya diambil kira dalam masa yang sama untuk kita membentuk sebuah cara baharu dalam hubungan melawan patriarki, kapitalisme dan norma-hetero. Kita mesti meluaskan idea kita di sekitar apa gambaran mengenai amalan seksual anarkis, memastikan jalan untuk memusnahkan norma-gender, menerima seksualiti dan gender sebagai sesuatu yang bendalir, kategori-kategori yang tidak stabil, dan mencabar tekanan untuk menjadi monogami adalah sebahagian dari amalan anarkis kita seperti mana kita mencabar bentuk-bentuk perhubungan yang disahkan oleh negara. Kita perlu terus hidup, mengatur dan bekerja dalam satu cara, yang secara sedar dapat membina sebuah budaya yang merangkum norma-norma ini dalam melawan patriarki dan norma-hetero. Gerak kerja ini adalah satu batu asas bukan sahaja untuk pembebasan bersama kita dari kapitalisme – juga dari partriarki, norma-hetero, dan sebarang jenis tanggapan seksual yang terhad dan memaksa.

Nota dari editor: penulisan ini adalah